Wednesday, 30 March 2016

CARA MEMBUAT HOMEMADE AISKRIM (OREO)..

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Ingat tak dulu-dulu zaman kita kecik, mak-mak kita suka bagi makan ais krim Malaysia yang dibuat dalam plastik panjang, lepas tu ikat hujungnya.Time mak kita tengah rajin, segala perisa dibuatnya termasuklah kalau buat bubur kacang hijau ada lebih, itu pun dibelasahnya jadi ais krim.hohoho.

Tapi, bab bubur kacang jadi ais krim tulah yang paling saya suka. Sangguplah saya sehari suntuk ngadap ais krim tu berbatang-batang sehari.Itu zaman kecik saya.Mak bapak tak mampu nak belikan ais krim yang dalam bekas tu.Yang kita pun budak baik, setakat ais krim Malaysia tu dah hebat sangat masa tu.muehee.



Anak-anak zaman sekarang lain pulak ceritanya.Memang pantang kalau nampak iklan ais krim yang sedap sikit, mulalah dok pujuk mak ayah depa beli.Kalau satu bekas kongsi ramai-ramai takpe, ni dibuatnya sorang nak satu bekas perisa lain-lain, tauke kedai emas pun surrender..hoho.Padahal, kalau buat sendiri lagi senang kan?



Err..ada ke resepi buat ais krim sendiri kat rumah ni?Pheww..mestilah ado!merata dah den google kat alam maya ni.Semata-mata nak save budget but at the same time nak bagi anak-anak happy.

Oklah, apa kata sekarang kita tengok cara buat ais krim di rumah.Saya pilih nak buat perisa oreo.Jom kita cuba buat sendiri di rumah.

Bahan-bahan Buat Homemade Ice Cream Oreo
  • 1 tin susu cair ( tak kira jenama apa pun, asalkan halal)
  • 1 biji telur 
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/4 susu pekat ( atau 6-7 sudu atau ikut pilihan rasa manis masing-masing )
  • 1 sudu besar ovalett
  • Satu paket kecil biksut oreo ( blend kasar atau hancurkan )
Cara Menyediakan Homemade Ice Cream Oreo
  • Masukkan semua bahan kecuali biskut oreo ke dalam mixer atau boleh juga guna blender.
  • Putar semua bahan dalam 15-20 minit ( sehingga kembang).Kalau guna blender, hadkan putaran dalam 10 minit sekali putar.
  • Tuang semua bahan-bahan tadi ke dalam bekas ice cream yang disukai.Nak senang, guna bekas yang bertutup.
  • Masukkan biskut oreo yang sudah dihancurkan tadi.Kacau bagi rata biskut oreo dengan bahan yang diputar tadi.
  • Tutup bekas ice cream dengan rapat dan simpan dalam peti sejuk sehingga keras, kemudian bolehlah dimakan.


Selepas itu anda boleh menyajikan aiskrim ini dengan gaya masing-masing dan selamat menjamu selera..hehe : )

Tips dan Panduan buat homemade ice cream oreo
  • Bagi sesiapa yang alergik dengan telur, resepi ice cream ini tetap sedap dan menjadi walaupun tidak diletakkan telur.Jadi, tak payah risau atau susah hati kalau ada anak-anak yang tak boleh makan telur.
  • jika anda masukkan telur, jangan takut ice cream akan berbau hanyir sebab tidak dimasak, kerana bau esen vanilla cukup untuk menghilangkan bau hanyir telur.
  • Jika anda tidak pernah menggunakan ovalett, ia merupakan sejenis bahan yang berfungsi sebagai penstabil dalam membuat kek misalnya kalau nak buat kek span. Sifatnya yang berasid akan membantu telur dalam adunan naik dan memerangkap lebih udara dengan lebih cepat.
  • Ovalett boleh didapati di pasaraya seperti Giant, Tesco, Mydin atau kedai yang menjual barang kek.

    Ini saja daripada saya untuk kali ini..Selamat mencuba...
    Sekian..

Wednesday, 23 March 2016

Gulai Batang Pisang Baling...


Sudah menjadi satu kewajipan bagi masyakat kampung yang tinggal di sekitar daerah Baling untuk menyediakan gulai batang pisang sebagai menu utama di majlis kenduri kendara.Di sini saya ingin menceritakan serba sedikit resepi gulai batang pisang baling dan saya harap kepada semua yang membaca blog saya ini dapat mencuba dan merasa sendiri keenakan gulai batang pisang ini.

Resepi Batang Pisang
  • 2 ekor ayam kampung @ 1 kilo daging
  • 1 pokok umbuk pisang
  • asam jawa secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan serbuk kari daging
  • 1 cawan kerisik
  • 2 tangkai daun kari 
  • air
  • santan dari sebiji kelapa - asing santan pekat dan santan cair
  • minyak untuk menumis


Bahan tumis
  • 2 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang 
  • 5 ulas bawang merah yang dimayang
  • 4 ulas bawang putih dimayang
  • 1 inci halia dipotong halus

    Cara memasak gulai batang pisang
  • Tumis bahan tumisan serta masukkan daun kari
  • Bancuh serbuk kari daging dan kerisik dengan air.Bila bahan tumisan dah keluar bau , masukkan campuaran serbuk kari dan kerisik yang telah dibancuh tadi kedalamnya.
  • Masak bahan tadi sehingga keluar minyak.Masukkan ayam@daging yang dipotong dan santan cair.
  • Bila ayam@daging sudah betul-betul masak dan empuk , masukkan santan pekat,batang pisang,garam secukup rasa dan sedikit air asam jawa.
  • Masak lebih kurang 10 minit sehingga batang pisang lembut.



    Gulai batang pisang sudah siap untuk disajikan untuk seisi keluarga.Selamat mencuba.

    Sekian...

Wednesday, 16 March 2016

RESEPI AYAM GORENG ALA KFC




Semua orang pasti sangat menyukai keenakan dan rasa lazat ayam goreng di KFC.Di sini saya ingin menceritakan resepi dan cara membuat ayam goreng ala KFC.


Bahan-bahan (A) untuk diperap selam sejam :

1 ekor ayam di potong mengikut kesukaan anda
8 ulas bawang putih yang ditumbuk
3 sudu besar serbuk cili (kalau anda mahukan extra pedas boleh tambah 2 sudu lagi)
2 sudu serbuk kari ayam
2 sudu teh garam
secubit serbuk soda bikarbonat
secubit perasa yang dibenarkan atau ajinamoto
sedikit air untuk tujuan bahan-bahan rempah di atas senang di perap dan di gaul sebati bersama ayam.

Bahan-bahan (B) untuk salut tepung pada ayam:

3 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
1 sudu serbuk soda bikarbonat
1 sudu serbuk cili (mengikut citarasa anda) 
1 biji telur - pukul telur secara berasingan



Ayam yang siap di perap dan di salut dengan tepung hendaklah di goreng di dalam periuk atau kuali dan di biarkan tenggelam di dalam minyak yang panas.Masak sehingga 15 minit dan ayam goreng ala KFC anda sedia di hidangkan.


Selamat mencuba.Itu saja daripada saya untuk kali ini.

Sekian...

Monday, 7 March 2016

Musical Sketch ...

Assalamualaikum wbt..Pada 06/03/2016 yang lepas kelas saya telah menjalankan satu persembahan drama musikal.Ia merupakan pengalaman yang menarik.


Kami melakonkan cerita cinderela yang diparodikan dan dimasukkan sedikit nyanyian-nyanyian merdu daripada rakan-rakan.

Ini ialah Wan Fadly yang memegang watak cinderela di dalam drama kami.Dia merupakan seorang yang sangat hebat,jika bukan kerana dia kami tidak dapat menjayakan drama kami itu.


Ini sahaja yang dapat saya kongsikan hari ini..

Sekian...

Wednesday, 2 March 2016

Assalamualaikum semua..Apa khabar kalian..? Saya ingin menceritakan tentang pengalaman saya mendaki Gunung Baling pada 07 / 02 / 2016 yang lalu.Ia adalah satu pengalaman yang amat seronok setelah sekian lama saya tidak melibatkan diri dalam aktiviti mendaki setelah saya menginap di asrama untuk beberapa tahun yang lalu.Segala keinginanan saya untuk mendaki selama ini dapat juga di selesaikan.

Permandangan semasa di atas Gunung Baling tuu memang sangat cantik.Sapa2 yang pernah sampai kat atas tuu mesti tahu macam mana permandangan kat situ.


Sekarang memang ramai yang berlumba-lumba untuk mendaki Gunung Baling kerana keindahan dan kecantikan permandangannya kini telah menjadi viral di laman-laman sosial.

TIP KETIKA HENDAK MENDAKI GUNUNG :
  • Pendaki perlu mengikuti setiap syarat yang di tetapkan di tempat yang hendak di daki.
  • Sentiasa berada di dalam kumpulan dan jangan berpecah.
  • Jangan memegang pokok yang tidak diketahui jenisnya untuk mengelakkan pokok yang berracun.